Dua anak harimau putih mati akibat Covid-19

Iklan
Dua ekor anak harimau putih mati akibat Covid-19. - Foto Reuters

LAHORE - Dua ekor anak harimau putih berusia 11 minggu di sebuah zoo di Lahore, Pakistan disyaki maut akibat Covid-19.

Menerusi laporan Reuters, kedua-dua haiwan malang terbabit dilaporkan mati pada 30 Januari lalu selepas mendapat rawatan Parvovirus (feline panleukopenia).

Iklan
Iklan

Timbalan Pengarah Zoo Lahore, Kiran Saleem berkata, pada mulanya haiwan itu diberi rawatan selepas disyaki dijangkiti Parvovirus.

Namun, jelasnya, selepas bedah siasat ke atas kedua-dua anak harimau mendapati, ia maut akibat Covid-19.

Iklan

Menurutnya, bedah siasat mendapati paru-paru haiwan terbabit menunjukkan kesan jangkitan teruk.

Oleh itu, pakar patologi merumuskan kedua-dua anak harimau terbabit dijangkiti oleh Covid-19.

Iklan

"Selepas kematian haiwan tersebut, pihak zoo telah mengarahkan kesemua pekerja termasuk penjaga harimau untuk menjalani ujian saringan Covid-19.

"Hasil keputusan itu mendapati kedua-dua anak harimau itu dijangkiti Covid-19 dari penjaga mereka," katanya.