Polis gempur dua pusat hiburan

Iklan
Polis memeriksa beberapa pelanggan dalam serbuan yang dijalankan di dua pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Pusat hiburan di Jalan Puchong serta Jalan Syed Putra diserbu polis dalam operasi yang dijalankan sekitar jam 10.30 malam dan 11.30 malam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan pertama seramai 23 individu ditahan antaranya melibatkan tangkapan berkaitan kes dadah.

Iklan
Iklan

"Dalam serbuan tersebut seramai tiga warga tempatan dan dua wanita warga asing berusia dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun ditahan.

"Manakala tangkapan kes dadah, seramai sembilan lelaki warga tempatan, empat wanita warga tempatan, serta tiga wanita warga asing telah ditahan. Kesemua mereka didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, polis turut merampas pelbagai barangan dalam serbuan itu.

Polis memeriksa beberapa pelanggan dalam serbuan yang dijalankan di dua pusat hiburan di Kuala Lumpur pada Khamis.

"Antara yang dirampas adalah sebuah sound profession, sebuah video on demand karaoke box, sebuah monitor, sebuah DVD MP4, satu unit microphone, ganja seberat 0.5 gram dan sebiji Pil Erimin 5 seberat 0.3 gram.

Iklan

"Selain itu, tindakan kompaun telah dikenakan ke atas 60 lelaki dan 10 wanita dipercayai pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut," katanya.

Dalam pada itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah pusat hiburan di di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur berjaya menahan seorang wanita warga tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 27 hingga 43 tahun.

Anuar Omar berkata, siasatan dijalankan mendapati jenis lesen perniagaan yang dimiliki oleh pemilik premis adalah lesen restoran/ kedai makan (bar tanpa hiburan) dan lesen rumah awam/ rumah bir.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4, Akta Hiburan (AHWP 2003) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963," katanya.