PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini, menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.
Menerusi satu kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri , berkata majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.
"Matlamat utama majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat.
"Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah," jelas kenyataan berkenaan.
Berikut adalah senarai ahli-ahli majlis:
Tun Dr Mahathir Mohamad – Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis
Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Baru Bian – Menteri Kerja Raya
Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
Professor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
Tan Sri Dato' Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi Asean Business Advisory Council, Malaysia
Dato’ Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
Encik Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut MASA
Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta dan sekretariat bagi Majlis ini adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.