Beting Pasir Tanjung Rhu

Iklan

Kelihatan beting pasir yang timbul berikutan air surut di Pantai Tanjung Rhu, kira-kira 8.30 pagi, ketika tinjauan hari ini. Fenomena seakan 'laut terbelah' ini membolehkan pengunjung berjalan di atas beting pasir ke Pulau Kelam Baya, kira-kira 600 meter dari pesisir pantai tersebut.

Fenomena ini sentiasa dinantikan oleh orang ramai, namun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, keadaan di pantai tersebut lengang tanpa kehadiran pengunjung. - Foto Bernama

Iklan
Iklan