Letih punca Everton kalah

Iklan
Carlo Ancelotti

PENGENDALI Everton Carlo Ancelotti menyifatkan faktor keletihan selain aksi cemerlang pertahanan lawan dikenal pasti menjadi penyebab utama kekalahan 0-2 Everton kepada Fulham di Goodison Park, awal pagi Isnin.

Menurut Ancelotti, skuad kendaliannya itu turut mempamerkan aksi longlai di sepanjang perlawanan apabila hanya mampu melakukan dua percubaan ke pintu gol lawan.

Iklan
Iklan

"Aksi longlai itu mungkin berpunca akibat aksi bersungguh-sungguh yang dipamerkan kesebelasan pemain ketika menewaskan Tottenham Hotspur 5-4, dalam saingan Piala FA, Rabu lalu.

"Kami juga gagal menguruskan kesukaran ketika beraksi dalam perlawanan yang berintesiti tinggi seperti ini kerana terlalu kepenatan setelah mengharungi perlawanan Piala FA hingga ke masa tambahan.

Iklan

"Selain itu, Fulham juga telah memberikan tekanan kepada benteng pertahanan kita dan sekali gus tidak memberikan peluang untuk kita mencipta peluang,” katanya.

Pemain Everton kecewa dengan kekalahan berkenaan.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Fulham Josh Maja menjaringkan gol pada minit ke-48 dan 65 bagi mengesahkan kemenangan The Cottagers.

Iklan

Sementara itu, Ancelotti mengakui kecewa dengan kekalahan berkenaan kerana skuad kendaliannya itu mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL), jika menewaskan Fulham.

"Kami kecewa dengan kekalahan ini kerana kami berpeluang untuk berada pada kedudukan lebih baik jika menang.

"Kini, kami akan berdepan dua perlawanan yang sukar iaitu berdepan Manchester City pada awal pagi Khamis dan berdepan Liverpool di Anfield awal pagi Ahad nanti, namun kita masih boleh berharap kerana pada kebiasaannya kita akan beraksi dengan lebih baik pada situasi sebegini,” katanya.