Anak korbankan ibu demi harta karun

Iklan
Mayat wanita ditemukan di bangunan lama di Malang, Jawa. - Foto Tribunnews

JAWA - Seorang lelaki ditangkap selepas dipercayai membunuh ibu kandungnya demi harta karun.

Menerusi laporan Tribunnews pada Isnin, Arifudin Hamdy, 35, ditangkap selepas dua hari penemuan mayat wanita bernama Mistrin, 56.

Iklan
Iklan

Ketua Polisi Malang, AKBP Hendri Umar berkata, Hamfy membunuh ibu dengan niat di Mukim Sumberpucung daerah Malang.

Sebelum pembunuhan berlaku, mangsa dan anaknya telah bertemu dengan seorang bomoh di daerah Blitar, Jawa Timur.

Iklan

Hasil pertemuan mereka, bomoh tersebut mendapat petunjuk terdapat harta karun di sebuah bangunan lama.

Menurut Hendri, suspek merancang untuk menjadikan ibunya sebagai 'korban' bagi mendapatkan harta berkenaan.

Iklan

"Suspek mendengar bisikan ghaib meminta dia membunuh ibu dengan harapan selepas mengorbankan wanita itu, dia peroleh harta karun.

"Tetapi selepas dua hari kembali ke kawasan itu, dia menemukan ibunya mati dalam timbunan tanah manakala harta karun itu tidak dijumpai," katanya.

Kata Hendri, suspek bakal didakwa atas kesalahan menganiaya hingga membawa kepada kematian dan dipenjara 15 tahun.