Lelaki dibebaskan dari penjara pada usia 83 tahun

Iklan
Ligon dipenjara ketika usia 15 tahun dan dibebaskan semasa usia 83 tahun. - Foto Daily Mail

PHILADELPHIA - Seorang lelaki akhirnya dibebaskan pada Khamis lalu selepas meringkuk dalam penjara selama 68 tahun di Philadelphia.

Menerusi laporan Daily Mail Ahad, Joseph Ligon, 83, ditahan pada usia 15 tahun dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada tahun 1953 kerana melakukan serangan dan rompakan di Philadelphia, Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

Serangan itu turut mengorbankan dua nyawa tetapi Ligon mengaku tidak bersalah atas pembunuhan itu.

Pada tahun 2012, Mahkamah Agung memutuskan bahawa hukuman seumur hidup mandatori yang dijatuhkan ke atas remaja itu disifatkan terlalu kejam dan hukuman perlu dikurangkan.

Iklan

Bagaimanapun Pennsylvania antara beberapa negeri yang enggan mengurangkan hukuman seumur hidup.

Empat tahun kemudian, mahkamah memerintahkan negara mengurangkan hukuman seumur hidup terhadap banduan yang melakukan jenayah semasa remaja berkuat kuasa serta-merta.

Iklan

Selepa keputusan itu dibuat, Pennsylvania telah membebaskan 500 individu yang melakukan jenayah ketika zaman remaja tetapi dengan sistem parol.

Ligon bagaimanapun menolak kerana dia mahukan kebebasan sepenuhnya.

Pada tahun 2020, negara itu bersetuju membebaskan tanpa syarat setelah peguam mewakili Ligon membuat rayuan.

Ligon dilahirkan di Alabama dari keluarga miskin. Setelah berpindah ke Philadelphia, dia didaftarkan di sebuah sekolah rendah tetapi berhenti sekolah pada Tahun Empat.

Ketika berusia 15 tahun, dia dipulaukan oleh rakan-rakan kerana tidak pandai membaca dan menulis.

Kehidupan di penjara, Ligon mengubah dirinya kepada lebih baik dengan bekerja sebagai tukang cuci dan belajar membaca serta menulis.