Lebih 2,000 barisan hadapan HSB terima vaksin fasa pertama

Iklan
Dr Mohd Hayati (dua dari kiri) mendengar penerangan tentang suntikan vaksin Covid-19 semasa membuat kunjungan di HSB pada Isnin.

ALOR SETAR - Lebih 2,000 petugas kesihatan di Hospital Sutanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bakal menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama hujung Februari ini.

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, suntikan melibatkan barisan hadapan negara seperti petugas kesihatan dan polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suntikan tersebut boleh didapati di hospital serta pusat kesihatan yang akan ditetapkan kelak.

"Vaksin ini sudah dipastikan selamat dan diperoleh daripada Pfizer (Pfizer-BioNTech). Pemberian vaksin ini kita utamakan kepada petugas barisan hadapan negara terlebih dahulu," katanya ketika sidang akhbar selepas melawat pelaksanaan pemberian suntikan vaksin Covid-19 di HSB pada Isnin.

Iklan

Dr Mohd Hayati juga berharap rakyat Kedah tidak bimbang mengenai keberkesanan dan status vaksin yang akan diberikan kepada mereka pada fasa kedua dan ketiga.

"Ujian vaksin sedang dijalankan di HSB dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani kini berjalan lancar serta tiasa masalah.

Iklan

"Vaksin ini tidak menggunakan komponen haiwan dalam penghasilannya dan pihak berkuasa agama juga mengesahkan kita harus menggunakannya," katanya.

Menurutnya, persediaan kemudahan logistik dan tempat penyimpanan vaksin turut diberikan penekanan sebelum diagihkan kepada rakyat Kedah.

Pada 1 Februari lalu, media melaporkan bekalan vaksin Covid-19 fasa pertama yang dibeli kerajaan daripada syarikat farmaseutikal Pfizer dijangka tiba di negara ini pada 26 Februari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, vaksin tersebut akan diagihkan ke negeri sebelum disuntik kepada petugas barisan hadapan negara.