Covid-19: 1,500 penduduk Kampung Muara Tuang jalani saringan

Iklan

KUCHING - Seramai 1,500 penduduk daripada 180 buah rumah dari Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan, menjalani saringan pengesanan kes secara aktif (ACD) susulan peningkatan jangkitan wabak Covid-19 di kawasan berkenaan.

Unit Khidmat Awam Sarawak (UKAS) Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan ujian saringan itu dijalankan dari rumah ke rumah dan turut diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Muara Tuang bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ujian saringan itu dikendalikan Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Samarahan.

Seramai 84 petugas terlibat dalam mengendalikan proses saringan itu, termasuk Pejabat Residen Bahagian Samarahan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Iklan
Iklan

Setakat Ahad, sebanyak 192 kes positif Covid-19 direkodkan di Bahagian Samarahan manakala 12 kes baharu dicatatkan. - Bernama