Mangsa ah long dapat pembelaan PPMPM, PPIM

Iklan
Zarinah Mohideen (dua dari kanan) bersama timbalannya, Syamsalleh Hamsah (kanan) berjumpa Dahari dan isterinya di pejabat PPIM Kuala Lumpur pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Nasib seorang pengusaha katering yang menjadi mangsa ah long mendapat pembelaan selepas campur tangan Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengusaha katering dikenali sebagai Dahari yang sebelum ini kisahnya pernah disiarkan Sinar Harian kini mampu menarik nafas lega kerana masalah tersebut hampir selesai hasil bantuan PPMPM dan PPIM.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak perlu bimbang dirinya dan keluarga diganggu ah long.

"Sebelum ini saya bimbang nasib yang akan menimpa saya dan keluarga kerana diugut oleh ah long dan dihujani mesej berbaur ugutan. Ah long mahu mengancam dan mengaibkan keluarga saya jika gagal membayar hutang.

Iklan

"Saya sangat berterima kasih kepada PPIM dan pihak PPMPM kerana membantu saya menyelesaikan hutang saya,” kataya ketika ditemui di Pejabat PPIM di sini pada Isnin.

Sebelum ini, kisah hidup Dahari mendapat perhatian setelah peniaga katering itu tertekan akibat gagal melunaskan hutangnya kepada ah long.

Iklan

Pada mulanya hutangnya hanya RM 2,000 namun meningkat kepada RM 20,000 akibat faedah yang tinggi dan jadual pembayaran sangat cepat.

Sementara itu, Presiden PPMPM, Zarinah Mohideen berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu Dahari memandangkan dia pernah mengalami situasi sama satu ketika dahulu.

Katanya, dia berharap peniaga-peniaga katering tidak mengambil jalan mudah dengan meminjam ah long memandangkan pelbagai inisiatif lain boleh dilakukan mereka bagi menampung kantung wang syarikat.

"Banyak lagi yang mereka boleh buat selain daripada pinjam ah long kerana mereka ini sangat berbahaya. Saya sendiri pernah ada pengalaman sebagai peminjam.

"Peniaga patut menggunakan platform media sosial sebaiknya. Jika tak tahu, belajar kerana saya lihat platform tersebut mampu membantu meringankan beban ditanggung mereka,” katanya.