NGO sedia bahan iklan percuma kepada peniaga kecil

Iklan
Megat Muhammad Faris menunjukkan bahan iklan yang diberikan secara percuma kepada peniaga kecil di sekitar Kampung Si Rusa, Port Dickson pada Ahad.

PORT DICKSON - Bagi membantu peniaga kecil dan sederhana memajukan perniagaan, sekumpulan anak muda daripada Pertubuhan Anak Watan Nasional menghulurkan bantuan bahan iklan secara percuma.

Pengerusinya, Megat Muhammad Faris Megat Ismail berkata, bantuan tersebut bagi membolehkan peniaga kecil mempromosikan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, terdapat peniaga kecil yang tidak mampu untuk membuat kain rentang atau gegantung di kedai berikutan kos yang agak tinggi.

"Buat permulaan, kita memilih 12 peniaga yang benar-benar memerlukan bahan iklan ini secara percuma.

Iklan

"Kita akan menambah bilangan bantuan ini pada masa akan datang," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, sejak Covid-19 melanda negara, kebanyakkan peniaga kecil mengalami kerugian dan perlu berusaha lebih keras untuk memastikan perniagaan mereka tidak 'bungkus'.

Iklan

Sebagai anak muda, katanya, pihaknya merasakan ia adalah masa sesuai untuk membantu rakyat dan mengetepikan perbezaan politik demi kesejahteraan bersama.