KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang baharu, berkuat kuasa 9 Januari lalu.
SSM, dalam satu kenyataan, berkata Muez menggantikan Datuk Seri Jamil Salleh yang bersara wajib pada 8 Januari lalu.