Moyes puji aksi cemerlang Lingard

Iklan
David Moyes

PENGENDALI West Ham, David Moyes memuji aksi cemerlang Jesse Lingard dalam membantu kemenangan 3-0 ke atas Sheffield United pada awal pagi Selasa.

Menurut Moyes, pemain pinjaman Manchester United itu banyak memainkan peranan pada perlawanan berkenaan khususnya bagi membuka ruang kepada rakan-rakan sepasukan melakukan percubaan ke pintu gol lawan.

Iklan
Iklan

"Saya perlu mengakui, kebanyakan gerakan yang dihasilkannya agak menarik dan telah menghasilkan beberapa peluang gol dalam perlawanan ini.

"Dia juga sentiasa bekerjas keras di sepanjang perlawanan dan kami tahu dia adalah seorang pemain yang berbakat besar dan mampu membantu jentera serangan pasukan,” katanya.

Iklan

Biarpun tidak menjaringkan gol pada perlawanan berkenaan, Lingard telah terlibat dalam membantu jaringan daripada kapten pasukan, Declan Rice yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-41, Issa Diop (58) dan Ryan Fredericks pada penghujung perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan West Ham kini berada pada kedudukan kelima dan berkongsi 42 mata dengan Chelsea.

Iklan

Sementara itu Rice berkata, dia agak sukar untuk mempercayai kecemerlangan skuad The Hammers itu musim ini setelah melalui musim yang agak sukar musim lalu.

"Jika dilihat, musim lalu kami bergelut untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan.

"Bagaimanapun hari ini, kami berada di sini (kedudukan kelima) dan ini adalah satu peningkatan besar dan terbaik buat kami,” katanya.