Seorang warga asing maut dalam serangan roket di Iraq

Iklan
Tingkap sebuah bangunan kedai pecah akibat serangan roket di bandar Arbil, wilayah Kurdistan pada lewat Isnin. - Foto AFP

BAGHDAD - Seorang warga asing terbunuh dan lima lagi cedera dalam satu siri serangan roket yang menyasarkan sebuah pangkalan udara di wilayah Kurdistan, Iraq, kata tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.

Serangan itu berlaku pada lewat Isnin adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh hampir dua bulan.

Iklan
Iklan

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mendesak satu siasatan dilakukan berhubung kejadian tersebut dan akan menangkap sesiapa sahaja yang didapati bertanggungjawab dalam serangan itu.

Beberapa kontraktor Amerika kelihatan cedera, katanya tanpa memberikan butiran lebih lanjut.

Iklan

Bekas Presiden AS, Donald Trump sebelum ini mengancam pembunuhan seorang rakyat negara tersebut dalam satu serangan roket.

Sumber keselamatan Barat dan Iraq memberitahu AFP bahawa sekurang-kurangnya tiga roket dilancarkan ke arah ibu kota Arbil iaitu ibu kota wilayah Kurdistan dengan salah satunya mengenai sebuah kompleks ketenteraan di lapangan terbang Arbil yang menempatkan tentera perikatan diketuai AS.

Iklan

Tentera AS itu berada di wilayah tersebut sebagai usaha bagi memerangi kumpulan Daesh.

Jurucakap pasukan perikatan tentera itu, Kolonel Wayne Marotto mengesahkan kepada AFP bahawa kontraktor yang terkorban itu bukannya warga Iraq tetapi beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang kewarganegaraannya.

Sejak Iraq mengisytiharkan kemenangan menentang Daesh pada lewat 2017, bilangan askar perikatan diketuai AS telah dikurangkan di bawah 3,500 anggota tentera.

Seramai 2,500 daripada jumlah tersebut ialah askar AS.

Sebuah kumpulan dikenali sebagai Awliyaa al-Dam mengaku bertanggungjawab dalam serangan roket tersebut. - Agensi