KUALA LUMPUR - Hospital swasta sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program imunisasi Covid-19 kepada orang ramai dalam usaha mempercepatkan proses berkenaan.
Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh berkata, pihaknya sedang menunggu untuk berbincang mengenai mekanisme pemberian vaksin memandangkan ramai yang bersedia mendapatkan suntikan di hospital-hospital swasta.