Tular video peniaga Rohingya jual air kelapa mahal, kotor

Iklan
Jual air kelapa RM5 di tepi jalan dengan tahap kebersihan tidak memuaskan tular sejak semalam. Lelaki warga Rohingya sedang mengisi air ke dalam cawan plastik sewaktu rakaman video diambil.

PUCHONG - Tindakan peniaga warga Rohingya yang menjual air kelapa dengan harga RM5 secawan di persimpangan Sierra 16 di sini mengundang kemarahan orang awam.

Bukan sekadar harganya yang mahal malah tahap kebersihan penyediaan minuman tersebut yang dibuat di atas jalan beralas plastik turut menjadi perdebatan orang ramai.

Iklan
Iklan

Video berdurasi tiga minit 30 saat itu mula tular di media sosial sejak Isnin memaparkan seorang lelaki mendakwa dirinya Rohingya sedang sibuk mencedok air dari bekas mengandungi air kelapa berserta ais ke gelas plastik yang disusun di atas jalan tanpa menggunakan sarung tangan.

Sementara itu seorang lagi rakannya sedang berdiri sambil memegang gegantung 'air kelapa RM5' berserta nombor telefon pengusaha mangga asam boi.

Iklan

Lelaki Rohingnya itu mendakwa dia hanyalah pekerja yang mana perniagaan itu diusahakan warga tempatan namun pemiliknya tiada di lokasi kejadian.

Susulan penularan video itu, pengusaha mangga asam boi tersebut, Noormahani Mohd Radzi, 26 tampil memberikan penjelasan bahawa pihaknya tidak terlibat dengan aktiviti penjualan air kelapa itu.

Iklan

Katanya, laporan polis telah dibuat untuk membersihkan nama perniagaannya dan menafikan terlibat dalam isu tular penjualan air kelapa oleh warga Rohingya tersebut.

"Assalamualaikum, saya pemilik Mangga Asam Boi Honeyy ingin membuat kenyataan rasmi berkenaan isu viral penjualan air kelapa oleh Warganegara Myanmar (Rohingya) pada hari ini (Isnin). Di sini saya menafikan sekerasnya berkenaan penglibatan saya terhadap isu viral ini.

"Untuk makluman saya hanya menjual Mangga Asam Boi di Seri Kembangan Selangor. Diharap dengan kenyataan ini dapat menjernihkan nama baik perniagaan saya dan seterusnya meredakan perasaan orang awam di luar sana terutamanya nama baik penduduk Dungun Terengganu dan Seri Kembangan," menurut satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.

Dalam hantaran berasingan, pemilik Mangga Asam Boi Honeyy itu telah berkongsi laporan polis yang dibuat selepas paparan nombor telefon serta jenama perniagaannya telah disalah guna oleh penjual air kelapa berkenaan.

Seorang lagi warga Rohingya yang terlibat dalam penjualan air kelapa di persimpangan Sierra 16.

"Untuk makluman, saya menerima banyak panggilan, WhatsApp serta mesej di Instagram yang ada antaranya memaki hamun saya dengan mengatakan telah menjadi majikan kepada warga Myanmar menjual air kelapa dalam keadaan tidak bersih.

"Saya turut menerima ugutan di mesej WhatsApp yang mengatakan akan datang mencari saya secara beramai-ramai. Ini telah menyebabkan saya menjadi takut dan tertekan kerana telefon saya tidak henti menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali," menurut laporan polis tersebut.

Dalam laporan sama, pihaknya turut memaklumkan warga Myanmar itu pernah bekerja dengannya selama seminggu sebelum mengambil keputusan memberhentikannya kerana menjual mangga asam boi secara berbahaya selain tidak mendengar nasihatnya sebagai majikan.

"Keputusan tersebut juga diambil demi menjaga persepsi baik daripada masyarakat dan pelanggan yang membeli mangga asam boi dan tidak mahu mengganggu lalulintas.

"Dia pernah datang berjumpa saya dalam keadaan daif dan menangis meminta pekerjaan untuk menjual mangga asam boi milik kami ketika tiada wang untuk perbelanjaan makan anak dan isteri.

"Atas dasar perikemanusiaan, saya dengan rela hati mengambilnya bekerja dengan gaji yang agak setimpal selain menyediakan pakaian mengikut garis panduan kualiti penyediaan makanan termasuk sarung tangan, pelitup muka, topi dan cecair pembasmi kuman.

"Untuk makluman saya telah menjual mangga asam boi sejak 2019 di Seri Kembangan dan tidak ada isu sensitif sehingga sekarang," katanya.