Premis jual daging kambing perap guna logo halal diragui

Iklan
Gegantung yang memaparkan logo halal yang didakwa tidak diperakui oleh Jakim dirampas dalam serbuan di Tanah Merah pada Selasa.

TANAH MERAH – Sebuah premis menjual daging kambing perap diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tanah Merah dan Jabatan Hal Ehwah Agama Islam Kelantan (Jaheik) kerana didakwa menggunakan logo halal yang tidak diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, operasi yang disertai tiga pegawainya dan Jaheik itu adalah berdasarkan maklumat orang awam yang meragui penggunaan logo halal tanpa kelulusan.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati premis ini menggunakan logo halal Jakim pada bungkusan daging kambing perap produk keluaran mereka yang tidak diperakui halal oleh badan berwibawa itu.

"Dalam serbuan tersebut, kesemua produk makanan, plastik pembungkusan dan gegantung yang mempunyai logo halal Jakim telah disita dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,015.20,” katanya dalam satu kenyataan disini pada Selasa.

Iklan
Iklan