Korea Selatan setuju naikkan bayaran tentera AS

Iklan
Kyung-wha (kanan) dan penasihat kanan Jabatan Negara AS, Timothy Betts bersalaman ketika bertemu di Seoul, kelmarin.

SEOUL - KOREA SELATAN. Korea Selatan telah menandatangani perjanjian baharu untuk menaikkan bayaran bagi mengekalkan penempatan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu.

Perjanjian dimeterai, semalam menyaksikan bayaran itu dinaikkan kepada 1.03 trilion won (RM3.7 bilion) daripada 960 bilion won (RM3.5 bilion) pada 2018 untuk operasi melibatkan 28,500 tentera AS.

Iklan
Iklan

Bulan lalu, sumber di Seoul memaklumkan rundingan terbabit menemui jalan buntu selepas Washington membuat tuntutan itu secara tiba-tiba yang meminta Korea Selatan membayar lebih 1.4 trilion won (RM5 bilion) setahun.

"Ia adalah proses yang sangat panjang, namun akhirnya berjaya dimeterai," kata menteri Luar Korea Selatan, Kang Kyung-wha.

Iklan

Difahamkan, tempoh perjanjian itu juga ditetapkan selama setahun berbanding lima tahun sebelum ini dan Seoul terpaksa menanggung beban kewangan itu sejak kehadiran tentera AS pada awal 1990-an.

Perjanjian sebelum ini ditandatangani pada 2014 dan tempohnya tamat pada akhir 2018. - Press TV

Iklan