WTO diketuai wanita Nigeria buat julung kali

Iklan
NGOZI OKONJO-IWEALA - Foto AFP

GENEVA - Bekas Menteri Kewangan Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala telah dilantik pada Isnin sebagai wanita pertama di dunia dan di Afrika untuk mengetuai badan perdagangan dunia iaitu Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Dalam mesyuarat khas WTO yang diadakan secara maya, anggota-anggota pertubuhan berkenaan secara rasmi memilihnya sebagai Ketua Pengarah yang baharu bagi menggantikan Roberto Azevedo dari Brazil yang meletakkan jawatan pada Ogos tahun lalu.

Iklan
Iklan

Sebanyak 164 anggota WTO memilih wanita tersebut mengetuai WTO yang dilakukan melalui konsensus.

Okonjo-Iweala akan menjalankan tugasnya pada 1 Mac depan sehingga 31 Ogos 2025.

Iklan

"Saya memandang ke hadapan untuk bekerjasama dengan anggota-anggota (WTO) untuk membentuk dan melaksanakan dasar-dasar tindak balas yang kami perlukan untuk memastikan ekonomi global bergerak semula," katanya seperti dilaporkan AFP.

Menteri Perdagangan Korea Selatan, Yoo Myung-hee yang juga seorang wanita merupakan saingan terakhir Okonjo-Iweala.

Iklan

Bagaimanapun, Myung-hee menarik diri daripada bertanding untuk merebut jawatan itu pada 5 Februari lalu menyebabkan timbul dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berada di belakang pemilihan Okonjo-Iweala.

"AS berminat untuk bekerjasama dengan Dr Okonjo-Iweala untuk memastikan institusi itu (WTO) berfungsi dengan potensi penuhnya sebagai badan mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang saksama melalui perdagangan," kata seorang diplomat AS, David Bisbee dalam mesyuarat pada Isnin.

Okonjo-Iweala menjadi Ketua Pengarah WTO yang ketujuh sejak penubuhannya pada tahun 1995.

Seramai lapan calon bertanding bagi merebut jawatan itu.

Okonjo-Iweala pernah menjadi Menteri Kewangan Nigeria dari tahun 2003 hingga 2006 dan dari tahun 2011 hingga 2015.

Beliau juga merupakan wanita pertama memegang jawatan sebagai Menteri Luar negara itu selama dua bulan pada tahun 2006. - Agensi