WASHINGTON - Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi memaklumkan Kongres akan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk menyiasat insiden rusuhan ganas di Capitol yang dilancarkan penyokong bekas Presiden, Donald Trump pada 6 Januari lalu, menurut laporan BBC pada Isnin.
"Kita perlu dapatkan kebenaran tentang bagaimana pencerobohan itu boleh berlaku. Suruhanjaya itu akan menyiasat, melaporkan fakta dan punca rusuhan tersebut dengan menggunakan model siasatan sama seperti yang dilancarkan ke atas tragedi 9/11,” ujarnya.