KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa memaklumkan sudah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menghadiri satu majlis baru-baru ini.
"Alhamdulillah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang tadi saya berikan kenyataan dan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyiasat kononnya saya melanggar SOP.