Pengusaha katering rugi teruk

Iklan
Pengusaha katering tidak lagi mampu bertahan untuk tempoh dua bulan akan datang.

KOTA BHARU – Lebih 20 pengusaha katering yang berkonsepkan dewan jamuan berdepan kerugian hampir RM800,000 apabila tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka sejak setahun yang lalu.

Mereka bukan hanya berdepan bebanan deposit yang perlu dikembalikan kepada pelanggan, namun terpaksa ikat perut bagi memastikan sewa kedai dapat dibayar walaupun tidak beroperasi.

Iklan
Iklan

Salah seorang pengusaha, Noor Laila Abu Bakar, 53 tahun, yang juga pemilik Tunjong Banquet memaklumkan dia dan lebih 20 lagi rakan lain berdepan situasi getir apabila perniagaan yang melibatkan pelaburan jutaan ringgit itu masih tidak boleh beroperasi.

"Kami faham dan hormati arahan kerajaan untuk kami patuh pada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP). Apa yang kami ingin suarakan ialah untuk meminta kelonggaran supaya kami boleh kembali beroperasi.

Iklan

"Bukan menjadi masalah kepada kami untuk patuh SOP dan jika dibenarkan beroperasi, memang kami boleh laksanakan sebaik mungkin.

"Lagipun penggunaan dewan kami bukanlah setiap hari, tapi hanya waktu tertentu sahaja. Ikut musim, ada yang hari minggu sahaja,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Iklan
Noor Laila (kanan) menutup bekas makanan yang disediakan di dewannya di Tunjong disini.

Mengulas lanjut, Noor Laila berkata, bukan hanya pengusaha katering, malah lebih 600 penyewa-penyewa yang menyediakan perkhidmatan sewaan khemah, peralatan perhiasan perkahwinan dan sebagainya turut terkesan dengan penutupan operasi ini.

Katanya, apabila kerajaan tidak membenarkan operasi katering dijalankan, maka secara keseluruhan penggiat industri tersebut ‘mati’ dan ada yang sudah pun ‘bungkus’.

Sementara itu pemilik EZN Catering, Norhayati Ismail turut meluahkan perasaan sama dan buntu kerana tidak tahu saluran manakah yang boleh mereka dapatkan bantuan terutamanya daripada pihak kerajaan.

Katanya, ada dalam kalangan mereka yang tidak layak untuk memohon bantuan disebabkan beberapa syarat, namun sejauh mana keprihatinan kerajaan terhadap mereka bagi mengatasi bebanan yang semakin bertambah setiap hari.

"Kami tidak tahu saluran mana lagi yang boleh kita minta bantuan. Harap ada pihak yang boleh bantu kami apa yang sepatutnya kami lakukan sekarang ini. Apa yang penting, berikan kami kelonggaran dan kami bukannya ramai.

"Dewan kami besar, dengan pematuhan SOP dan penjarakkan yang dilakukan, kami boleh memuatkan lebih 90 tetamu dalam satu-satu masa.

"Pematuhan SOP tidak menjadi masalah, kami boleh beri jaminan yang kami lebih berdisiplin dalam isu ini berbanding dengan kedai-kedai makan dan sebagainya,”katanya.