MBI nilai semula cadangan pembangunan Waller Court

Iklan
Rumaizi Baharin, Laporan khas berkaitan pembangunan Waller Court yang dikeluarkan Sinar Harian pada 12 Februari lepas.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menilai semula cadangan pembangunan pangsapuri Waller Court yang dirancang sebelum ini sama ada sesuai diteruskan atau sebaliknya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, banyak faktor perlu diambil kira yang memerlukan persetujuan daripada semua pihak terutama dari segi syarat pembangunan.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya, MBI sedang berusaha sebolehnya pada suku kedua tahun ini menyediakan syarat-syarat pembangunan di situ dan seterusnya membuka tawaran pembangunan kepada syarikat yang berminat.

"Sekarang ini pun kita ke arah menyediakan ulasan-ulasan yang menyentuh komponen pembangunan itu sendiri seperti apa bentuk pembangunan yang dibenarkan dan sesuai.

Iklan

"Perkara ini apabila sudah mencapai kata persetujuan, maka pembangunan semula lebih mudah dilaksanakan di kawasan perumahan tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Waller Court kian usang, daif

Iklan

Beliau berkata, memang terdapat banyak cadangan pembangunan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, namun belum ada yang dimuktamadkan.

Katanya, kerajaan negeri mahu pangsapuri itu dikekalkan di atas tapak asal dengan hanya melibatkan kerja meroboh, sementara di pihak lain menggesa mengekalkan beberapa bangunan di situ bagi tujuan sejarah dan pelancongan.

"Dari segi kelulusan asal, pembangunan di situ melibatkan kediaman bertingkat untuk kumpulan pertengahan (M40). Berkaitan lain-lain cadangan, semua masih dalam pertimbangan," katanya.

Rumaizi berkata, sejak cadangan pembangunan semula dikemukakan kerajaan negeri pada 2012, tiada lagi tawaran sewaan baharu unit kediaman dibuka kepada orang ramai dan kerja penyelenggaraan pula hanya membabitkan skala kecil.

Bagaimanapun katanya, MBI masih menguruskan kerja-kerja pembersihan termasuk pungutan sampah dan pembersihan longkang di kawasan itu.

"Kita sebenarnya memang nak ke arah roboh dan bina semula, jadi kita berpandangan adalah lebih baik tunggu pembangunan secara menyeluruh.

"Atas faktor itu ada unit kediaman yang nampak kurang dari segi penyelenggaraan, malah proses mengindahkan kawasan itu juga tidak dilakukan dalam tempoh ini," katanya.

artikel berkaitan: Waller Court kian usang, daif