Tidak wajar pihak luar campur urusan dalaman Malaysia

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Sebagai sebuah negara berdaulat, tidak wajar untuk mana-mana pihak luar mencampuri urusan dalaman Malaysia, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pihak luar yang dimaksudkan tidak terhad kepada kerajaan atau pimpinan negara lain, malah pertubuhan bukan kerajaan dan media asing.

Iklan
Iklan

Tambahnya, sejak dahulu lagi Barisan Nasional (BN) konsisten dalam menolak campur tangan kuasa asing dalam urusan pentadbiran dan politik negara.

"Ada yang bertanya apa pendirian Presiden UMNO tentang 90 ahli Parlimen luar negara menggesa Parlimen Malaysia kembali bersidang.

Iklan

"Pendirian saya berhubung perkara ini masih sama iaitu Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dan tidak wajar pihak luar campur tangan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Pada 16 Februari, seramai 90 ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Iklan

Ahli Parlimen ASEAN bagi Hak Asasi Manusia (APHR) terbabit mendakwa Proklamasi Darurat Malaysia tidak menepati piawaian antarabangsa.

Bagaimanapun katanya, isu mendesak Parlimen Malaysia kembali bersidang mungkin melibatkan konteks yang lebih sejagat iaitu demokrasi di ASEAN.

"Tentang sistem demokrasi di salah sebuah negara ASEAN. Parlimen yang mempunyai kedudukan utama dalam sistem demokrasi telah digantung oleh salah sebuah negara anggota ASEAN.

"Kita masih mengingati tujuan dan prinsip diabadikan dalam Piagam ASEAN yang turut dipersetujui Malaysia iaitu kepatuhan negara anggota terhadap demokrasi.

"Jika itu keprihatinan seramai 90 ahli Parlimen negara ASEAN terbabit, saya beranggapan kerajaan tidak boleh ambil mudah berhubung desakan ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, isu tersebut dibimbangi boleh memberi kesan kepada hubungan bilateral dalam kalangan negara ASEAN serta memberi tempias kepada ekonomi Malaysia di rantau ini.

Tambahnya, Malaysia juga telah mencadangkan sebuah pelan pemulihan ekonomi pada Persidangan Khas ASEAN mengenai Covid-19 pada April tahun lalu.

"Cumanya saya berharap jika boleh, 90 ahli Parlimen negara ASEAN terbabit jangan hanya tertumpu kepada persoalan demokrasi di Malaysia.

"Sedangkan ada negara ASEAN lain turut bergelut dengan isu demokrasi selepas berlaku rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.