Rakyat akan tentukan siapa pemimpin: Tun M

Iklan
Dr Mahathir ketika program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu. - FOTO SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB & ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Rakyat yang akan menentukan siapa pemimpin terbaik untuk memimpin Malaysia sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pilihan itu terletak sepenuhnya pada rakyat.

Iklan
Iklan

"Banyak orang hendak jadi pemimpin. Mereka (rakyat) boleh pilihlah yang mana satu.

"Kalau mereka berpendapat bahawa Datuk Seri Anwar (Ketua Pembangkang) layak, ok itu proses demokrasi," katanya pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya siapa yang bakal memimpin pembangkang sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, ditanya sama ada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menentang Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya akan datang, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan itu.

Iklan

Katanya, Pejuang tidak mempunyai pilihan lain sekiranya PH yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pada PRU15.

"Kalau dia (Anwar) menang (PRU15) saya hendak buat apa? Seperti mana sekarang ini (Tan Sri) Muhyididn jadi Perdana Menteri, saya tidak boleh buat apa," katanya.