Seluruh AS peroleh vaksin Covid-19 menjelang akhir Julai

Iklan
Presiden Joe Biden menjangkakan vaksin Covid-19 akan tersedia ke seluruh AS pada akhir Julai dan berharap negara itu kembali normal menjelang Krismas.

MILWAUKEE - Presiden Joe Biden berkata, beliau menjangkakan vaksin Covid-19 akan tersedia ke seluruh Amerika Syarikat (AS) pada akhir Julai dan berharap negara itu kembali normal menjelang Krismas, lapor Agensi Berita United Press International (UPI).

Menjawab soalan semasa sesi Town Hall CNN di Milwaukee pada Selasa, Biden berkata, kerajaan akan menyediakan 600 juta dos vaksin menjelang akhir Julai, cukup untuk setiap rakyat Amerika.

Iklan
Iklan

Pada sesi selama sejam itu Biden berkata, antara halangan utama dihadapinya dalam menangani tindak balas pandemik daripada pentadbiran sebelum ini adalah kekurangan petugas untuk melakukan suntikan.

"Sekarang kita telah membuat kemajuan besar dengan meningkatkan jumlah vaksin. Saya mengeluarkan perintah eksekutif yang membenarkan bekas doktor dan jururawat bersara untuk melakukannya.

Iklan

"Kita mempunyai lebih seribu petugas anggota tentera. Kita telah melibatkan Pengawal Negara, selain itu kita juga telah membuka banyak lokasi untuk memudahkan anda mendapatkan vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki yang menyatakan kerajaan akan meningkatkan bekalan vaksin ke negeri-negeri kepada 13.5 juta dos seminggu, meningkat daripada 11 juta minggu lalu.

Iklan

Presiden berkata, melihatkan keadaan semasa dan kemungkinan kelulusan untuk vaksin Covid-19 Johnson & Johnson boleh mengurangkan penyebaran virus dengan ketara dan negara dapat kembali seperti biasa pada Krismas akan datang. - Bernama