Enam kenderaan di parkir PPR Pantai Ria terbakar

Iklan
Rakaman mengenai kejadian kebakaran enam kenderaan di PPR Pantai Ria tular di laman sosial pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bergegas ke lokasi.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Sharul Azwan Ibnu Sahad berkata, kebakaran membabitkan sebuah van dan lima kereta yang di parkir perumahan berkenaan.

"Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh 21 anggota bagi mengawal kebakaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, sebuah van jenis Mitsubishi Delica dan kereta Perodua Myvi musnah terbakar 100 peratus.

"Perodua Bezza terbakar 80 peratus, Toyota Vios terbakar 40 peratus, Perodua Kelisa dan sebuah lagi Perodua Myvi masing-masing terbakar 20 peratus.

Iklan

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 tengah hari," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.