Penyelidik UUM bangunkan aplikasi Cerdik BM Siri 1

Iklan
Dr Nurulwahida menunjukkan manual penggunaan Cerdik BM yang berjaya merangkul pingat emas dan anugerah khas pada IPTEX2019.

SINTOK - Sekumpulan penyelidik yang diketuai pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Nurulwahida Azid@Aziz membangunkan satu aplikasi interaktif iaitu Cerdik BM Siri 1 bagi membantu murid membina kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.

Dr Nurulwahida berkata, aplikasi yang dibina menggunakan perisian flash dengan gabungan lima elemen multimedia iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video itu dibentuk khas untuk murid yang tidak menguasai konstruk Linus, akronim kepada perkataan Li (Literasi), Nu (Numerasi) dan S (Screening).

Iklan
Iklan

"Cerdik BM mempunyai tiga konstruk iaitu konstruk 1 (huruf vokal dan huruf konsonan), konstruk 2 (sebut suku kata) dan konstruk 3 (sebut gabungan dua suku kata dan membaca serta menulis suku kata terbuka).

"Struktur isi pembelajaran dalam Cerdik BM ini adalah berdasarkan 'constructive alignment model' dan 'outcomes based education' yang terdiri daripada hasil pembelajaran, isi kandungan pelajaran, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran untuk mengukur setiap hasil pembelajaran tersebut," katanya.

Iklan

Dr Nurulwahida berkata, untuk menarik minat murid, aplikasi tersebut turut dimasukkan elemen 'game based learning' supaya mereka tidak cepat bosan.

Dalam usaha membantu murid, Dr Nurulwahida dan pasukannya tidak terlepas melalui cabaran menyiapkan projek yang dibangunkan daripada research based dengan memastikan aplikasi tersebut selaras dengan teori dan modul yang boleh diterima pakai seluruh dunia.

Iklan

"Bukan mudah untuk bangunkan aplikasi ini dalam tempoh ditetapkan (tujuh bulan), tambahan pula kandungan dalam aplikasi itu perlu mengikut konteks pendidikan dan memenuhi tujuh jenis kecerdasan pelbagai murid Linus.

"Aplikasi ini dibina dengan memberi perhatian bagaimana cara untuk tarik minat belajar, seterusnya beri motivasi serta keyakinan untuk kuasai kemahiran membaca dan menulis," katanya.

Projek inovasi dibangunkan tahun lalu dengan dana sebanyak RM20,000 itu turut melibatkan pensyarah dari Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Prof Madya Datuk Dr Nuraini Yusoff bersama dua guru Pemulihan Khas, Mohd Zaini Ishak dari SK Batu Lima, Sik dan Nordiana Mohd Ali dari SK Suka Menanti, Alor Setar.

Produk inovasi itu berjaya merangkul pingat emas dan Anugerah Khas dari INNOPA Indonesia pada 2019 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPTEX2019), selain dalam proses untuk terbitan dalam SCOPUS Q-3.