Kelihatan paparan digital memaparkan pemberitahuan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula 26 Februari yang dilaksanakan secara berperingkat bagi mencegah penularan pandemik tersebut ketika tinjauan hari ini.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Februari 2021, sejurus selepas penghantaran pertama vaksin yang dijadualkan tiba pada 21 Februari ini. Program imunisasi ini akan dijalankan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada 26 Februari hingga April 2021; fasa kedua mulai April hingga Ogos 2021 manakala fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022.