PKP punca MN tidak bergerak

Iklan
Kerjasama erat pemimpin Muafakat Nasional berjaya membolehkan calon BN menang Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai pada tahun 2019. Gambar kecil: Ir Khairil Nizam Khirudin

SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung sejak awal Januari lalu menyebabkan pelbagai program di bawah koalisi Muafakat Nasional (MN) tidak dapat dilaksanakan.

Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, parti itu menafikan dakwaan hubungan UMNO dan Pas dalam MN semakin renggang kerana koalisi dua parti itu akan terus diperkukuhkan dari masa ke masa.

Iklan
Iklan

Katanya, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai hak peribadi untuk memberikan pendapat beliau.

"Namun Pas akan tetap fokus dan komited memperkasakan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Iklan

"Perancangan program bersama (melalui MN) telah ada, cuma sekarang agak terbatas kerana berdepan dengan PKP,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Mohamad Khir mengatakan MN di sertai UMNO dan Pas kini di ambang keretakan dan dikhuatiri ‘bercerai’ sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Iklan

Mohd Khir mendakwa, hubungan kedua-dua parti itu kini semakin parah dengan masing-masing sedang menunggu masa untuk melafazkan talak terhadap satu sama lain.

Ditanya mengenai gesaan supaya Pas berperanan sebagai ‘gam’ untuk merapatkan kembali hubungan UMNO dan Bersatu yang rapuh, Khairil Nizam menegaskan parti itu bersedia memainkan peranan berkenaan.

"Kita juga mengharapkan rakan-rakan kita untuk bertolak ansur demi perpaduan ummah dan mengelakkan dominasi satu parti dalam koalisi MN,” katanya.