SHAH ALAM - Pas dijangka sukar menjalankan peranan sebagai ‘gam’ bagi merapatkan kembali hubungan tegang antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus merealisasikan pembentukan koalisi perdana parti Melayu.
Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata, peranan yang dipertanggungjawabkan kepada Pas itu dianggap hampir mustahil, mengambil kira pengaruh dan ego UMNO dan Bersatu adalah sangat kuat dalam kalangan pengundi Melayu.