Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi Khamis selepas harga minyak mentah yang positif berjaya mengimbangi kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 ketika ditutup pada Rabu petang.

Iklan
Iklan

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata, ringgit terhenti daripada mencatatkan kenaikan pada Rabu disebabkan terutamanya oleh lanjutan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

"Pasaran tempatan cenderung memberikan tindak balas negatif kepada pengumuman sekatan pergerakan yang awal tetapi kemudiannya telah mula menerima keadaan itu,” katanya.

Iklan

Innes menambah harga minyak mentah yang positif turut membantu mengimbangi perolehan tinggi Amerika Syarikat yang mana inilah yang mendorong dolar AS diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain pada Rabu.

Sementara itu, pada Selasa kerajaan mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang selama dua minggu lagi - mulai 19 Februari sehingga 4 Mac.

Iklan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, negeri-negeri lain yang berada di bawah PKP sebelum ini kini akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang juga berkuat kuasa mulai 19 Februari hingga 4 Mac; sementara Perlis kini satu-satunya negeri dengan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam pada itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8610/8686 daripada 4.8710/8783 pada petang Rabu dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5969/6043 daripada 5.6046/6131 sebelumnya.

Unit tempatan itu menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0402/0449 daripada 3.0388/0432 semalam dan lebih rendah berbanding yen kepada 3.8152/8211 daripada 3.8092/8154 sebelumnya. - Bernama