PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaskan kegiatan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) dalam satu operasi di sebuah kilang di Puchong, Selangor pada Selasa.
Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP Putarajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan bertindak merampas 113 tong gas LPG bersaiz 50 kilogram (kg) dan 206 tong gas LPG bersaiz 14kg dianggarkan bernilai RM147,270.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiga individu turut ditahan bagi membantu membantu siasatan.
"KPDNHEP menemui hos paip dan ketul ais yang dipercayai digunakan untuk proses pemindahan gas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, tindakan telah diambil di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
Katanya, pihaknya serius menangani perlakuan memanipulasi bekalan barangan subsidi dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi barangan bersubsidi yang sepatutnya memberi manfaat kepada pengguna.
"KPDNHEP akan membawa individu serta peniaga yang didapati melakukan kesalahan yang sama ke muka pengadilan," katanya.