Kes penanda paintball di Melaka selesai

Iklan
Antara 22 penanda paintball yang dirampas polis pada 12 September tahun lalu.

MELAKA – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan semua penanda paintball yang disita pada 12 September tahun lalu oleh pihak polis dipulangkan semula kepada pemiliknya.

Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim dalam keputusannya pada Rabu juga telah melepas dan membebaskan pengurus sukan paintball, Idilhan Ibrahim, 50, dari pertuduhan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata iaitu memiliki senjata tiruan.