Basikal lajak: Keluarga harap keadilan dapat ditegakkan

Iklan
Faizah (dua dari kanan) bersama Nur Cahaya (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada Khamis.

JOHOR BAHRU - Keluarga mangsa tragedi basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam di sini berharap keadilan untuk anak-anak mereka yang terkorban empat tahun lalu dapat ditegakkan.

Ibu kepada mangsa, Allahyarham Mohd Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, berkata, besar harapan untuk melihat keadilan buat anaknya selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan jurujual wanita yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017 itu membela diri atas tuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Faizah Ishak, 45, berkata, dia dan suami Azzuraimee Azik, 46, reda dengan kejadian menimpa anak mereka tetapi sentiasa berdoa dan berharap yang terbaik supaya keadilan memihak kepada mereka.

"Saya harap sangat perbicaraan di mahkamah kelak dapat mencari pengakhiran bagi menuntut keadilan buat Allahyarham Mohd Sharul Izzwan dan tujuh lagi yang terkorban dalam kejadian empat tahun lalu itu.

Iklan

Sementara itu, Nur Cahaya Amrun, 40, ibu kepada Allahyarham Fauzan Halmijan, 13, mengharapkan kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

"Kami menerima pelbagai kecaman terutama di media sosial. Kami sekeluarga sangat terguris hati.

Iklan

"Biarlah ada pengakhirannya. Tidak kiralah apa keputusan yang terbaik, kami terima dengan terbuka," katanya.

Nur Cahaya memberitahu, dia dan suami Hamjah Selamat, 50, keberatan untuk hadir ke mahkamah namun tetap memberikan kerjasama selepas dihubungi polis pada Rabu yang memaklumkan keputusan rayuan kes melibatkan anaknya akan didengari pada Khamis.