Kerja-kerja pembinaan projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang giat dijalankan dikenal pasti sebagai punca air keruh di Sungai Klang sekitar kawasan ibu kota, termasuk projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) ketika tinjauan Bernama hari ini.
Hasil siasatan Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL) pada 16 Feb mendapati, air keruh mula mengalir dari Sungai Ampang di Hutan Lipur Ampang, Selangor berhampiran ‘Intake’ Loji Rawatan Air Ampang sebelum mengalir masuk ke Sungai Klang, disebabkan pembukaan tanah yang tidak terkawal. - Foto Bernama