Rampas dadah RM310.9 juta antara 13 kejayaan terbesar JSJN tahun ini

Iklan
Dadah yang berjaya dirampas oleh JSJN bagi tempoh Januari hingga 15 Februari tahun ini.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 13 kejayaan terbesar bagi tempoh Januari hingga 15 Februari tahun ini dengan rampasan dadah bernilai RM310.9 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, seramai 51 orang berjaya ditahan terdiri daripada 35 lelaki tempatan, 12 wanita tempatan, seorang kanak-kanak lelaki selain tiga warga asing termasuk seorang wanita.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai jenis dadah dirampas antaranya ekstasi sebanyak 3,202.60 kilogram (kg), eramin 5 (851.39kg), serbuk disyaki dadah (236kg), ketamin (100.92kg) dan syabu (72.36kg).

"Antara kejayaan yang direkodkan sepanjang tempoh itu adalah rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta dan tangkapan tiga lelaki di Kepong, Kuala Lumpur pada 9 Januari.

Iklan

"Selain itu, JSJN juga berjaya membongkar stor simpanan dadah dengan tangkapan empat suspek di sekitar Johor pada 15 Januari dengan rampasan dadah bernilai RM201.8 juta," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa proaktif dalam menjalankan pemantauan sindiket pengedaran dadah agar tindakan dapat diambil mengikut peruntukan undang-undang.

Iklan

Katanya, JSJN juga akan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain untuk membanteras sindiket dadah.