PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata tiada keperluan untuk pihak yang berkenaan mengadakan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana kerajaan telah mengumumkan untuk tidak meratifikasi konvensyen itu.
"Kerajaan telah memuktamadkan tidak akan meratifikasi ICERD maka semua pihak harus menghormati keputusan itu,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini.
Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah Aminuddin Yahaya dilaporkan berkata perhimpunan di Dataran Merdeka pada 8 Dis ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man juga dilaporkan berkata perhimpunan tersebut akan diteruskan walaupun PAS menyambut baik keputusan kerajaan tidak mengiktiraf ICERD.
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dilaporkan berkata Umno akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda"terima kasih” terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata jika perhimpunan yang pada asalnya bertujuan membantah ratifikasi ICERD dan kini sebagai kesyukuran, sewajarnya majlis dibuat di masjid.
"Kalau mahu menzahirkan syukur boleh buat di masjid dengan bacaan doa selamat, negara aman dan tenteram. Itu lebih molek.
"Jadi nasihat saya, tidak perlu mengadakan perhimpunan. (Penganjuran) perhimpunan itu mahal, kena beli baju kemeja dan macam-macam belanja. Jimatkan duit untuk belanja lain,” katanya.
Muhyiddin berkata Kementerian Dalam Negeri akan meluluskan permohonan permit perhimpunan sekiranya pihak penganjur mematuhi peraturan sedia ada. - Bernama