M-Wez jana pelaburan RM100 bilion, wujud 10,000 peluang kerja

Iklan
SULAIMAN

MELAKA - Kewujudan koridor ekonomi baharu, Melaka Waterfront Economic Zone (M-Wez) mampu menyediakan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus dijangka menjana pelaburan RM100 bilion.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, pembangunan M-Wez membabitkan kawasan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP), Pelabuhan Tanjung Bruas dan Terminal Kapal Persiaran Antarabangsa Melaka (MICT).

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia merupakan tambakan pesisir pantai seluas 7,081 hektar di sepanjang 22 kilometer dari Umbai ke Tanjung Bruas.

Katanya, koridor ekonomi baharu berimpak tinggi itu setanding dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Malaysian Vision Valley.

Iklan

"Kita akan lancarkan pada suku pertama tahun ini, sekali gus mengembalikan kegemilangan Melaka yang sejarah dahulunya pernah digelar 'Venice of the East' sebagai satu koridor ekonomi baharu dan pelaburan berimpak tinggi," katanya ketika berucap merasmikan Kursus Keusahawan Digital secara maya di Institut Tun Perak (ITP) di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ITP, Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (Insken), Muhammad Firdaus Azharudin dan Pengarah Bahagian e-Commerce, Song Hock Koon.

Iklan

Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, lebih 300 usahawan dan bakal usahawan Melaka menyertai Kursus Keusahawan Digital dan jumlah itu melebihi sasaran penganjuran.

Menurutnya, beliau menghargai usaha peserta yang mengambil peluang menambah ilmu dan kemahiran melalui medium secara maya itu termasuk dalam kalangan usahawan berjaya.