Pengusaha kilang disaran tutup operasi secara sukarela

Iklan
Dr Adham (kanan) menunjukkan notis perintah tutup sementara bagi premis Kart Food Industries Sdn Bhd berikutan penularan Covid-19 pekerja premis tersebut di Pulau Indah hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Shaari Ngadiman (kiri). - Foto Bernama

PELABUHAN KLANG - Pengusaha kilang disaran mengambil inisiatif dengan menutup operasi masing-masing sekiranya terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan itu bukan sahaja mampu menurunkan kes dalam sektor perkilangan dan pembuatan tetapi secara tidak langsung mampu menyekat penularan wabak dalam kalangan komuniti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sektor tersebut merupakan penyumbang tertinggi kepada jumlah kes positif harian di mana sehingga semalam daripada 41,396 kes aktif keseluruhan yang direkodkan, 14,423 kes adalah daripada sektor itu.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti sebanyak 203 kluster kilang dan pembuatan daripada keseluruhan 236 kluster yang masih aktif bagi gelombang ketiga ini,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau sebuah kilang di Pulau Indah di sini yang ditutup secara sukarela pada Khamis berikutan 57 daripada 102 pekerja dikesan positif Covid-19 sejak kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Dr Adham berkata, salah satu punca penurunan kes aktif Covid-19 kebelakangan ini, adalah susulan penutupan operasi kilang semasa perayaan Tahun Baharu Cina minggu lalu.

Iklan

Bagaimanapun, katanya, KKM masih menjalankan aktiviti saringan di lapangan seperti sebelum ini.

Semalam, negara merekodkan 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 272,163 kes dan jumlah kematian sebanyak 1,005 kes. - Bernama