'Saya bukan anti Lampard'

Iklan
RUDIGER

PEMAIN pertahanan Chelsea, Antonio Ruediger menegaskan dia bukan penyebab utama Frank Lampard dipecat sebagai pengendali pasukan itu bulan lepas.

Menurutnya, dia tidak mempunnyai masalah dengan Lampard walaupun tidak mendapat kepercayaan berada dalam kesebelasan utama ketika dibawah bimbingan pengendali kelahiran England itu.

Iklan
Iklan

"Kalau memang saya anti Lampard, kenapa saya sering dimainkan dalam beberapa perlawanan terakhirnya semasa membimbing Chelsea? Itu membuktikan saya tidak ada masalah dengannya.

"Lampard sangat dihormati di Chelsea termasuk dalam kalangan penyokong. Khabar angin yang menyatakan saya salah faham dengan dia kerana saya tidak dipilih untuk berada dalam kesebelasan utama pada awal musim adalah tidak benar," katanya.

Iklan

Untuk rekod, Rudiger hanya diturunkan dalam kesebelasan utama sebanyak sembilan kali oleh Lampard sepanjang musim ini.

Namun, segalanya berubah apabila Thomas Tuchel mengambil alih Chelsea dengan Rudiger mula diberikan tanggungjawab untuk mengemudi benteng pertahanan The Blues.

Iklan

"Saya sempat berfikir untuk pindah ketika saya tidak berada dalam kesebelasan utama. Tetapi, semua orang tahu kita sedang berada di tengah pandemik. tidak banyak kelab yang mempunyai kewangan yang bagus.

"Walaupun ada beberapa tawaran, saya ingin terus bertahan di sini dan memperjuangkan posisi yang sepatutnya saya dapat," kata Rudiger.

Bersama Tuchel, Chelsea kini belum tewas dan kembali berada di kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan merekodkan 42 mata daripada 24 perlawanan.