Biskut raya Brain Story beri kelainan

Iklan
12 jenis biskut raya keluaran Brainy Story yang pastinya memberi kelainan pada sambutan Aidilfitri tahun ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

KEDATANGAN Hari Raya Aidilfitri pastinya tidak lengkap tanpa adanya biskut raya yang menjadi juadah wajib bagi tetamu.

Namun, bagi penggemar biskut raya tetapi dalam masa yang sama ingin menjaga kesihatan diri pastinya sentiasa dalam dilema untuk mengambil makanan tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, bermula tahun ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati juadah itu tanpa rasa bersalah kerana Brain Story Sdn Bhd (Brain Story) tampil dengan biskut raya premium.

Pengarah Eksekutifnya, Dr Rizal Abu Bakar berkata, istimewanya produk yang dikeluarkan syarikatnya itu menggunakan 90 peratus bahan organik yang dapat membantu meningkatkan lagi kesihatan ketika mengambil makanan tersebut.

Iklan

Katanya, idea untuk memperkenalkan biskut raya premium atau berkualiti tinggi itu tercetus kerana dirinya sangat mementingkan kesihatan dalam pengambilan makanan.

Rizal. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Kami melihat ada keperluan dan permintaan untuk mengeluarkan biskut raya premium sebab kebanyakan orang akan bertanya kalau hendak makan biskut raya, boleh makan atau tidak sebab dalam biskut raya ada macam-macam bahan yang tidak sihat. Contohnya pemanis sintetik yang beri implikasi buruk pada kesihatan otak manusia.

Iklan

"Jadi bagi yang sudah menjaga kesihatan pada bulan puasa tetapi apabila musim perayaan, mereka akan makan sakan, dibimbangi banyak implikasi terhadap kesihatan mereka.

"Bahan yang kami gunakan untuk membuat biskut raya ini tidak seperti bahan yang digunakan untuk buat biskut raya lain, kami menggunakan bahan ‘rare’ yang betul-betul organik seperti 'dark chocolate' sebanyak 70 peratus,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di UKM-MTD baru-baru ini.

Menurut Rizal, bermula Aidilfitri tahun ini, syarikatnya menawarkan sebanyak 12 produk biskut raya yang kesemuanya menggunakan 90 peratus bahan organik.

Katanya, kesemua produk yang boleh diperoleh untuk hari raya yang bakal menjelang tidak lama lagi itu terhasil selepas lebih tiga tahun melalui proses ujian penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan ia betul-betul berkualiti.

Teknologi retort dan tanpa bahan pengawet

Menurut Rizal yang juga pengasas OCOC, biskut raya keluarannya itu menggunakan teknologi retort iaitu memproses makanan tanpa bahan pengawet, tanpa pewarna tiruan, tanpa perisa tiruan dan tanpa gula putih.

"Contohnya untuk jem nanas kami gunakan nanas MD2 dan jem blueberry daripada blueberry asli. Semuanya dibuat dengan resipi khas untuk tart yang dipasarkan. Bila kita sebut R&D ini kita tidak boleh lari daripada keluarkan kos tinggi.

"Tapi tidak apalah yang penting kita puas hati dan masyarakat mendapat nikmat sihat.

"Kami menggunakan tepung yang pelbagai seperti tepung labu, tepung 'beetroot', tepung ubi keledek dan juga tepung 'gluten free'. Semua tepung ini punya nutrien yang tinggi,” katanya.

Bagaimanapun Dr Rizal berkata, cabaran itu diambil dengan sudut positif kerana ingin memastikan penggemar biskut raya dapat makan dengan senang hati tanpa rasa bersalah.

"Bila sebut benda sihat ini, orang akan fikir ia tidak sedap tetapi kami mengambil cabaran itu dengan membuat biskut yang sedap dan sihat,” katanya.

Tempahan awal

Sementara itu, menyentuh mengenai harapan terhadap produk biskut raya premium keluarannya itu, Dr Rizal berkata, dengan menggunakan bahan organik yang baik untuk kesihatan diri diharap akan menjadi pilihan ramai.

Menurut Dr Rizal, ia juga bersesuaian untuk diambil dalam dalam suasana pandemik Covid-19 yang belum ada penghujungnya lagi buat masa ini.

"Zaman Covid-19 ini, sistem imunisasi sangat penting. Kita perlu mengambil makanan yang dapat meningkatkan sistem imunisasi. Jadi sangat bertepatan dengan produk kami yang boleh dikategorikan sebagai 'functional food',” katanya.

Rizal menunjukkan bungkusan biskut raya dalam bentuk pengenalan yang boleh ditempah mulai sekarang. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mengenai kaedah pemasaran, katanya ia dijual melalui ejen yang dilantik selain membuat promosi di media sosial.

Katanya, orang ramai dialu-alukan untuk membuat tempahan awal produk biskut raya premium keluaran syarikatnya itu yang dijual pada harga RM50 hingga RM60 sebalang.

"Antara jenis biskut yang boleh didapati choco oat crunchies, holland butter cookies, bali butter chocolate, melaka matcha cookies, pumpkin tart nanas dan brownies crunchy,” katanya.

Biskut lain yang boleh didapati ialah beetroot crunchy, coconut coco cookies, walmond choc crunchy, sweet potato blueberry tart, semperit nectar kelapa, dan almond rich choc.

Nama syarikat: Brain Story Sdn Bhd

Instagram: ocochq

FB: OCOC HQ

Nombor yang boleh dihubungi: 019-2012142