ADUN Sabah bersedia terima vaksin

Iklan
Shahelmey menyampaikan bantuan dalam Program Penyerahan Bantuan Tunai 'One-Off' dan Bantuan Bakul Makanan Covid-19 Kerajaan Sabah di Dewan Sri Putatan, Putatan.

PUTATAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah bersedia menerima vaksin susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung wakil rakyat sebagai golongan yang akan menerima vaksin dalam fasa pertama.

ADUN Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya berkata, memang wajar wakil rakyat diberikan suntikan vaksin pada peringkat awal kerana golongan ini berisiko tinggi terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Iklan
Iklan

"Vaksin yang bakal diterima pada 26 Februari ini membabitkan petugas barisan hadapan, golongan mudah terkesan seperti warga tua dan wakil rakyat kerana kerap turun padang berjumpa dengan masyarakat.

"Setakat ini, kalau daripada perbualan dengan rakan-rakan wakil rakyat, memang semua bersedia untuk menerima vaksin yang akan diberikan," katanya kepada pemberita di Dewan Sri Putatan pada Jumaat.

Iklan
Shahelmey

Beliau berkata demikian ketika ditanya maklum balas ADUN berhubung pemberian vaksin kepada wakil rakyat terdiri daripada ADUN dan ahli Parlimen sebagai penerima dalam fasa pertama nanti.

Ditanya berhubung jangkaan rakyat Sabah akan menerima vaksin terbabit, Shahelmey yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat memaklumkan belum mendapat perincian mengenai jadual terbabit.

Iklan

"Memang kita akan dapat, sama ada akan lengkap tahun ini atau sehingga awal tahun depan, bergantung kepada bekalan vaksin itu nanti," katanya.

Shahelmey yang hadir dalam Program Penyerahan Bantuan Tunai 'One-Off' dan Bantuan Bakul Makanan Covid-19 Kerajaan Sabah memaklumkan setakat ini lebih 200,000 penerima bantuan RM300 telah menerima bantuan itu.

"Seramai lebih 300,000 penerima bantuan RM300 akan disalurkan ke akaun penerima yang disasarkan melalui kementerian masing-masing dan setakat semalam, lebih 200,000 penerima telah terima bantuan One-Off dan dijangka akan selesai hujung bulan ini," katanya.