Pengasas 'Sugarbook' direman tujuh hari

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Pengasas aplikasi Sugarbook direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan semakan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah itu selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman bagi membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Sugarbook diberkas polis

Pada Khamis, permohonan reman terhadap individu berkenaan ditolak oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat selepas individu itu memberi aku janji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Iklan

Individu itu yang diwakili peguam T Shashi Devan dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak membantah semakan permohonan berkenaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak permohonan tahan reman pengasas aplikasi 'Sugarbook'

Iklan

Pengasas Sugarbook ditahan semula

"Anak guam kami juga berpendapat ia merupakan platform yang baik untuk dia menyalurkan maklumat yang diperlukan agar siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan lengkap," katanya.

Tambah Shashi Devan, beliau memohon agar mahkamah memberi pertimbangan agar pihak polis tidak menggari tangan anak guamnya ke belakang berikutan anak guamnya pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Permohonan berkenaan kemudian mendapat perhatian Noorin yang kemudian memohon agar pihak polis memberi perhatian terhadap permintaan tersebut.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Shukor Abu Bakar manakala dua lagi peguam individu itu ialah Foong Cheng Leong dan Low Li Qun.

Terdahulu pengasas laman sesawang dan aplikasi pencarian teman berkenaan ditahan di ibu negara pada 4.30 petang Rabu. - Bernama