PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel gembira apabila pertahanan kental The Blues, Thiago Silva mula menyertai latihan pasukan kelmarin menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Southampton di Stadium St.Mary, malam esok.
Menurut Tuhcel, kehadiran Silva secara keseluruhannya telah memberikan petanda positif selain memberikannya beberapa pilihan dalam menurunkan kesebelasan terbaik untuk berdepan The Saints.
Iklan
Iklan
"Kita gembira Silva sudah kembali berlatih setelah mengalami kecederaan ketika kita menewaskan Tottenham Hotspur 4 Februari lalu. Mujurlah pemain, Andreas Christensen mampu melaksanakan tugas dengan baik sepanjang ketiadaan Silva.
"Oleh itu, kita berharap agar dia (Silva) segera cergas dan boleh diturunkan pada aksi berdepan Southampton nanti dan seterusnya ketika kita berdepan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, 24 Februari nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Tuchel turut gembira apabila pemain Jerman, Kai Havertz juga dilihat mula menyertai latihan pasukan kelmarin.
Katanya, Havertz, 21, yang sudah tidak beraksi dalam empat perlawanan bersama The Blues akibat kecederaan juga diharap dapat diturunkan bagi aksi berdepan Southampton.
"Kita juga lega melihat kelibat Havertz dalam sesi latihan dan diharap dia juga boleh beraksi berdepan The Saints,” katanya.