Calon SPM, SVM, STAM tidak perlu bimbang duduki peperiksaan

Iklan
Semua pihak agar diminta terus memberi motivasi kepada calon dan berdoa agar peperiksaan itu dapat berjalan lancar. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 yang akan menduduki peperiksaan itu bermula Isnin depan dalam suasana negara masih dilanda Covid-19 tidak perlu bimbang kerana kerajaan telah melakukan yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan mereka.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris dalam kenyataan hari ini berkata, ibu bapa calon juga dinasihatkan tidak bimbang kerana prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan SPM, SVM dan STAM yang diperkenalkan dalam suasana norma baharu itu akan memastikan setiap calon tidak akan tercicir menduduki peperiksaan awam itu.

Iklan
Iklan

"Kesejahteraan kesihatan awam pelajar serta pengawas peperiksaan pasti dipantau secara rapi dari semasa ke semasa termasuk pihak berwajib sentiasa bersiap siaga menangani pandemik itu andainya berlaku penularan mendadak kes Covid-19,” menurut Razali.

Razali turut mengajak semua pihak agar terus memberi motivasi kepada calon dan berdoa agar peperiksaan itu dapat berjalan lancar seperti dirancang demi memastikan kesejahteraan calon-calon terus terjamin untuk masa depan. - Bernama

Iklan
Iklan