MGB, kerajaan Selangor berkolaboratif bina 7,000 rumah mampu milik

Iklan
HOCK SAN

SHAH ALAM - MGB Berhad (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Berhad akan berkolaboratif dengan kerajaan negeri Selangor membina lebih 7,000 unit Rumah Selangorku Idaman di Shah Alam, Bandar Saujana Putra, Dengkil, Puncak Alam dan Puchong.

Pengarah Urusan Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Lim Hock San berkata, Rumah Selangorku Idaman akan dibina menggunakan teknologi pra-tuang sistem binaan berindustri (IBS), seiring dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan pembinaan rumah mampu milik di negeri tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Hock San, ia akan dilancarkan pada pada suku pertama dan kedua 2021.

"Rumah Selangorku Idaman adalah kediaman bertingkat dengan saiz binaan minimum 1,000 kaki persegi dan harga bermula dari RM250,000 dengan tiga bilik, dua bilik mandi dan dua parkir kenderaan.

Iklan

"Setiap unit akan dilengkapi dengan set televisyen, peti sejuk, kabinet TV, kabinet dapur, penghawa dingin dan pemanas air mandian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hock San berkata, MGB bercadang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, Rumah Selangorku Idaman dalam kawasan Lembah Klang untuk membantu penduduk Selangor.

Iklan

"Projek ini eksklusif buat pembeli rumah yang bekerja dan tinggal di Selangor, berumur 18 tahun dan ke atas serta pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM10,000.

"Projek ini mempunyai lokasi yang strategik dan akses kemudahan di kawasan sekeliling,” katanya.

Hock San berkata, Rumah Selangorku Idaman adalah solusi kepada keperluan utama dengan peningkatan permintaan terhadap rumah mampu milik di Selangor.

"Kerajaan negeri Selangor telah membuat usaha bersepadu bagi membantu rakyat Selangor memiliki kediaman mereka sendiri.

"Insentif holistik ini mampu meningkatkan persekitaran ekonomi bagi membolehkan pemaju industri hartanah untuk berkembang dan memberikan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata, sebagai syarikat pembinaan yang mempunyai lebih 13 tahun pengalaman, MGB memilih untuk terus berkembang dan menambahbaik kaedah pembinaan.

"Salah satu contohnya ialah kami akan menggunakan IBS bagi membina Rumah Selangorku Idaman selain terus kekal komited untuk membina rumah mampu milik.

"Kami ingin memastikan setiap individu atau keluarga mampu memiliki kediaman yang baik, selamat dan kondusif. Rumah Selangorku Idaman juga menawarkan nilai yang lebih baik dari segi ruang, kualiti, reka bentuk dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata, sejak 2007, MGB telah membina lebih daripada 15,500 unit hartanah di Malaysia.

"Setakat ini, MGB telah memperoleh kontrak yang bernilai RM1.75 bilion dan dengan penambahan lebih daripada 7,000 unit Rumah Selangorku Idaman, nilai kontrak akan menjadi sekali ganda,” katanya.