TANAH MERAH - Dua warga emas ditahan kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan 500 liter cecair yang dipercayai petrol dalam satu serbuan di pengkalan haram Nurut, Bukit Bunga, awal pagi Jumaat.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Tanah Merah, Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, penahanan dilakukan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Rejimen Sempadan Batalion Ke-4 Kem Gerik ketika rondaan di kawasan berkenaan.