BPN disifatkan tidak ringankan beban warga kota

Iklan
Hantaran Nik Nazmi di Facebook pada Jumaat.

SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) disifatkan tidak mencukupi bagi warga kota di Selangor dan Kuala Lumpur terutamanya mereka yang berpendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, bantuan tersebut bukan sahaja tidak mencukupi untuk membantu warga kota yang diklasifikasikan sebagai miskin bandar di kedua-dua negeri itu, malah ia langsung tidak meringankan beban mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perbelanjaan untuk membeli barang keperluan seperti susu, lampin dan sebagainya tidak mencukupi, malah ia tidak meringankan beban rakyat.

"Walaupun bantuan ini awalnya diterima baik oleh rakyat sewaktu ia diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, namun ia dikatakan tidak setimpal dan tidak berbaloi dengan keadaan semasa ekonomi rakyat, terutama ketua keluarga yang dipotong gaji atau dibuang kerja.

Iklan

"Bayangkan bantuan sebegitu diberikan kepada mereka yang mempunyai lebih daripada dua anak dalam satu rumah," katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata, kerajaan Pakatan Nasional (PN) perlu mempertimbangkan untuk memberi peruntukan yang lebih banyak ketika rakyat sedang menghadapi PKP 2.0 kali ini untuk meringankan beban mereka.

Iklan

Ujarnya, pada PKP tahun lalu, sebanyak RM1,600 diperuntukan kepada golongan B40, manakala untuk golongan M40 pula, mereka menerima sebanyak RM1,000 dalam BPN 1.0.

"Namun apabila rakyat berdepan PKP 2.0, bantuan itu dikurangkan kepada RM1,000 bagi golongan B40," katanya.