PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat menggunakan sebahagian besar program saluran TV Pendidikan Didik (TV) untuk pelajar sekolah menengah selepas sekolah kembali dibuka 1 Mac depan.
Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelajar sekolah menengah akan mendapat memanfaatkan program berkenaan di rumah kerana tarikh untuk mereka ke sekolah adalah lewat berbanding pelajar sekolah rendah.
"Itulah perancangan supaya pelajar sekolah menengah yang berada di rumah ini dapat mengikuti program-program di Didik TV KPM sebagai sebahagian daripada pembelajaran mereka,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas sidang media pembukaan sekolah di bawah KPM pada Jumaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah bermula 1 Mac ini
KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan DidikTV KPM yang telah memulakan siaran pertamanya pada 17 Februari lalu.
Saluran tersebut menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM.
Menurut kenyataan, KPM berkata, saluran berkenaan merupakan usaha berterusan dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.